assalammualaikum..
dimulakan bicara kali dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim..
حي على الصلاة
bangun !! bangun !! solat subuh..
itulah yang selalu didengari
bila azan berkumandang, kita berda dirumah
suara ibu yang nyaring itu..( ayat perli je)
apabila bangun je dari tidur perkara pertama yang kita selalu buat ??
mesti lah buak mata,kemudian tonyoh ( loghat kedah ) biji mata
hahaha merahnya mata dah mcm mata pontianak ( tkooooot er)
sebenar bukan mata merah yang nk diceritakan
tp
nie ha ??
korang taw tak apa benda nie..
bg korang trok ke tak trok
kalo cmnie gaya nya
tiada kena mngena yang hidup maupun yang mati.. |
entri kali ini nak berbicara di waktu pagi berkenaan dengan
"ADAB-ADAB MENGUAP"
yang pertama
Tahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu
Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'aLa suka orang yang bersin, dan membenci
orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan
'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula
mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka
apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan
mentertawakannya.
yang kedua
Meletakkan
tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada
Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang
bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya
pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang
terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut
ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.
yang ketiga
Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan
At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya
Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang
menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa,
kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni
telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah
bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla
membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu
dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi
alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan
hendak menguap itu dengan izin Allah.
cara menguap
menguap yang betul |
menguap yang tak betul |
sudah selesai perkara yang diungkap, sekarang mau tidur pula...
hehe
p/s : so siapa yang nk menguap, menguaplah dengan cara yang betul...
No comments:
Post a Comment