Tuesday, March 29, 2011

Santapan Rohani

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama

'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.

Besarnya dari timur hingga ke barat.

Panjangnya seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy : Aku mau mencari lima orang:


Pertama, orang yang meninggalkan solat


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.


Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.


Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.


Kelima, orang yang suka minum arak.


p/s : Renung2 kanlah dan selamat beramal



Hanya 3 Panggilan

Petang tadi tengah2 aku berjogging memusing satu KUIS tetiba aku teringat penyembangan antara aku dan emak aku pada suatu petang indah di kampung halaman aku tentang entri kali...

cerita berbunyi begini..tetiba sentak kan emak aku..

Emak : adik, adik tahu tak yang Allah hanya memanggil kita hanya 3 kali saja seumur hidup ?

Aku : (Keningku berkerut)....3 kali je emak ...'Sedikit sekali Allah memanggil kita kan...?

Emak : sambil tersenyum....'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?

Aku : (menggelengkan kepala) .. tidak tahu emak...

Emak : Apa la itu pon tak tahu..kalo adik nak tahu sini emak bagi tahu...

ok...


1) Panggilan pertama adalah AZAN

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.

Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita.

Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas.

Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat Nya, baik umat Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.

Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti'.

Aku : aku dlm keadaan terpaku.... . .mata saku berkaca-kaca. Terbayang aku ini masih melambatkan solat kerana berfacebooklah, bersukanlah dan lain lain.

Masya Allah.......

Emak : ha... Panggilan yang kedua adalah


2) SERUAN UMRAH / HAJI

Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeda dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul.

Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan

'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan',

sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua.

Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab,

meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Aku : Mata aku semakin berkaca-kaca lagi....dan melafaz panjang....Subhanallah......

saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang aku rancangkan..

...Alhamdulillah...


Emak : Dan panggilan ke-3 adalah


3) KEMATIAN

Panggilan yang kita jawab dengan amal kita.

Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung,

dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan.

Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh.

Kerana itu , manfaatkan waktumu sebaik-baiknya...

Aku : owhhhhh....


tetiba aku dah sampai kat tepi tasek KUIS..sedar, tak sedar lah an...


p/s : Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ......

.InsyaAllah syurga adalah balasannya.......


Wednesday, March 23, 2011

Ingat Sebelum...

Ingat?
Apa yang kena ingat, ha ?
Sebelum ?
apa yang sebelumnya ?
Entri kali bukan lah untuk menterjemahkan tentang
apa itu ingat dan apa itu sebelum...
tp...
tapi apa erk ???
tp
ia berkenaan dengan
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
kita perlu beringat selalu diantara satu sama lain...
ok
terus kepada tajuk kita yang berkenaan..
ialah
lima perkara sebelum lima perkara
Yang .....


1.Sihat Sebelum Sakit


sebelum


*************************************************************************************

2. Muda Sebelum Tua


sebelum


*************************************************************************************

3. Kaya Sebelum Miskin


sebelum


*************************************************************************************

4. Lapang Sebelum Sempit


sebelum


*************************************************************************************
5. Hidup Sebelum Mati

sebelum


p/s : Gunakanlah kesempatan yang masih diberise moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerana ia takkan kembali...

Tuesday, March 22, 2011

PemBelajaran Hari ini Tentang Air.



Air adalah nikmat dan kurniaan Tuhan yang luar biasa bagi umat manusia, air menjadi sumber kehidupan yang paling penting.

Masuk terus pada Entri yang perlu dipelajari pada hari ini iaitu : " Tentang Jenis-Jenis air " mari Kita kenal cikgu terang jenis-jenis air..

##############################################################

1. Air Mutlaq : iaitu Air yang suci lagi menyucikan, Air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

Dalil yang menunjukkan kesucian Air Mutlaq, Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan"

contoh air mutlaq :



2. Air Musyammas : Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian. Dan juga

air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.


Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

Contoh Air Musyammas :



3. Air Musta'mal : Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

Contoh Air Musta'mal :

4. Air Muntannajis : Air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:


4.1
Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

4.2

Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.


Contoh Air Muntannajis :


p/s : pilih yang mana suka...

Monday, March 21, 2011

Tayamum


Tajuk diatas ini berkenaan dengan tajuk apa yang akan aku membentangkan di dalam kelas pada 24/03/2011 iaitu tayamum.. Pada mulanya tajuk ini agak senang bagi aku sebab kalo cri kat dalam internet mesti jumpa tapi yang jumpa semua nya dalam bahasa melayu..tajuk ini kena dibentang kan dalam bahasa arab .. bila aku fikir balik (( pergh lecture ngat aku nie anak orang arab ker )) tapi kalo tak buat camtu xder la markah untuk aku...
apa yang telah aku kaji tentang tayamum ini ialah merupakah rukhsah sebelum solat..sebelum ini ade aku selak - selak dalam internet dan buku banyak gak tentang permasalah dalam melakukan solat jika ketiadaan air..so terjumpa dalam satu artikel ini tentang tayamum jadi menarik dan pula masa yang sama aku dapat tajuk tentang tayamum (( memang best la kan n jodoh ))...hehe


ok
******************************

Apa Itu Tayamum ?

Tayamum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.

******************************

Ada serorang member husaini yang tanye apakah syarat-syarat tayamum, dengan penuh keyakinan aku pun menjawab ...
Syarat-syarat Tayamum?

Antara-antara syarat-syarat berTayamum ialah :

1. Ketiadaan Air
semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi. jika ragu-ragu kemungkinan air itu ada ataupun tidak, maka wajiblah mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya. Sekiranya diyakini untuk ketempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan air yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia Bertayamum. jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajib mencarinya dan bolehlah bertayamum.

2. Keuzuran Kerana Sakit
tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh atau pun bertambah sakit.

3. Air Yang Diperlukan Untuk Keperluan Yang Lebih Penting
Air itu ada tetapi diperlukan untuk minuman atau keperluan binatang yang dihormati.

4. Dilakukan Setelah Masuk Waktu
Tayamum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayamum itu darurat..
firman Allah Swt :

"Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. dan jika kamu sakit, atau sedang Dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun "

(( surah an-nisa : 43 ))

5. Menggunakan Debu Tanah Yang Suci

Sekarang debu ini boleh didapati dikedai, dan boleh beli dikedai..tapi kalau debu bercampu dengan tepung atau pasir tidak harus lah menggunakannya.

******************************

Rukun Tayamum

Antara rUkun-rukun Tayamum ialah :

1. Niat

" sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan sembahyang semata-mata kerana Allah swt"

p/s : niat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semasa menepuk debu itu..

2. Menyapu debu tanah ke muka

3. Menyapu debu tanah di tangan ( dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang di sapu ke muka tadi ) sehinggalah ke siku.
( walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu samapi ke siku memadai di pergelangan tangan sahaja )

4. TertiB ( yang dahulu, didahulukan .. yang kemudian, dikemudiankan )

******************************

Sunat Tayamum

Antara sunat-sunat tayamum ialah :
1. Membaca Basmalah.

2. Mendahulukan Tangan kanan dari tangan kiri.

3. Berturut-turut.

***************************
Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayamum
Antara-antaranya ialah :

1. Apa yang menbatalkan wuduk adalah juga membatalkan tayamum.

2. Murtad

3. Mendapat air.
sekiranya telah memperolehi airsetelah Bertayamum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat.
sekiranya sesudah solat ( dengan bertayamum ) tiba-tiba adanya air, solat tadi tidak wajib diulangi.

******************************

Cara-cara Untuk BerTayamum



* Membaca basmalah
* Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
* Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
* Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).
* Mengusap telapak tangan ke muka secara merata
* Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan
* Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
*Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
* Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri



Sumber yang dipercayai :
1. Al-Quran Kalamullah
2. Buku Indahnya Hidup Bersyariat by Dato' ismail bin kamus & Mohd azrul azlen bin ab. hamid