Tuesday, March 22, 2011

PemBelajaran Hari ini Tentang Air.



Air adalah nikmat dan kurniaan Tuhan yang luar biasa bagi umat manusia, air menjadi sumber kehidupan yang paling penting.

Masuk terus pada Entri yang perlu dipelajari pada hari ini iaitu : " Tentang Jenis-Jenis air " mari Kita kenal cikgu terang jenis-jenis air..

##############################################################

1. Air Mutlaq : iaitu Air yang suci lagi menyucikan, Air yang kekal dengan sifat asal kejadiannya yang telah dijadikan oleh Allah s.w.t.

Dalil yang menunjukkan kesucian Air Mutlaq, Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Daripada Abu Hurairah r.a.h. katanya , seorang Badwi berdiri lalu terkencing di dalam masjid, kemudian para sahabat pergi mencegahnya . Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, biarkan dia dan curahkanlah di atas air kencingnya setimba air . Sesungguhnya kamu disuruh untuk mempermudahkan bukan menyusahkan"

contoh air mutlaq :



2. Air Musyammas : Air yang suci lagi menyucikan yang lain tetapi makruh digunakan pada tubuh badan tidak pada pakaian. Dan juga

air yang panas yang terdedah kepada cahaya matahari iaitu pada negeri-negeri yang beriklim panas yang mana ia boleh mendatangkan karat seperti besi, tin dan lain-lain yang mana ia memberi mudharat apabila terkena kulit atau tubuih badan menyebabkan ianya sopak, kusta dan sebagainya.


Sebagaimana Sabda Rasullah s.a.w. yang bermaksud :-

"Dari Aisyah sesungguhnya ia telah memanaskan air pada cahaya matahari maka telah bersabda Rasullah s.a.w kepadanya janganlah engkau berbuat demikian wahai Aisyah sesungguhnya air yang dijemur itu dapat menimbulkan penyakit sopak." (Riwayat Baihaqi)

Contoh Air Musyammas :



3. Air Musta'mal : Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain yang mana maksudnya dengan perkataan air itu boleh diminum tetapi tidak sah dipakai untuk menyucikan sesuatu.

Contoh Air Musta'mal :

4. Air Muntannajis : Air yang terkena benda najis. Ia terbahagi kepada dua:


4.1
Air yang sukatannya kurang dari dua kolah dan terkena benda najis kecuali yang dimaafkan, sama ada berubah sifat (warna, rasa dan bau) atau tidak.

4.2

Air yang sukatannya lebih dari dua kolah dan berubah sifat (warna, rasa dan bau) sama ada perubahan itu sedikit atau banyak.


Contoh Air Muntannajis :


p/s : pilih yang mana suka...

1 comment:

Tengku Hapipi Tengku Borhan said...

boleh la...hehe
sila bg link setiap kali singgah di blog mana ye..terima kasih taw...herrmmm