Monday, July 12, 2010

HARI KIAMAT…..Pasti akan berlaku apabila.......

ASSALAMUALAIKUM~~
Renungan bersama:-

1) PENAKLUKAN BAITULMAQDIS

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda :
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Hadith Sahih Bukhari

* perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.

2) ZINA BERMAHARAJALELA

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..'
- Hadith Sahih Muslim

*perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.

3) BERMAHARAJALELA ALAT MUZIK


'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

*perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.

4) MENGHIAS MASJID DAN MEMBANGGAKAN.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.
*memang dah nampak dah.... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik....

5) MUNCUL KEKEJIAN,MEMUTUSKAN SILATURRAHIM & HUBUNGAN DENGAN JIRAN TIDAK BAIK.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

*ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela.... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...

6 ) RAMAI ORANG SOLEH MENINGGAL DUNIA

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

*boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..

7) ORANG HINA MENDAPAT KEDUDUKAN YANG MULIA

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

*George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....

8) MENGUCAPKAN SALAM PADA ORANG YANG DIKENALI SAHAJA.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

*jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) RAMAI WANITA BERPAKAIAN TAPI HAKIKATNYA BERTELANJANG

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'..

*fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc.... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)

10) BULAN SABIT KELIHATAN BESAR

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

*tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.

11) BANYAK DUSTA& KEBANYAKAN BERITA DIKHABARKAN TIDAK TEPAT

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

*Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....

12) BANYAK SAKSI PALSU DAN MENYIMPAN KESAKSIAN SEBENAR.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

*tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....

13) NEGARA ARAB MENJADI PADANG RUMPUT DAN SUNGAI.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

* Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....

PESANANKU..


Dari Abdullah bin 'Amir r..a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun...1 ayat...'


RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :” tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya dihari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : imam (pemimpin) yang adil,pemuda yang sentiasa beribadat kepada allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan seta berkedudukan yang tinggi untuk melakukan zina,lalu dia menjawab,” aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,seseorang yang mengingati Allah ditempat yang sunyi lalu mengalirka air matanya.”

Huraian

1. Pemimpin yang adil.

Pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.nasib rakyatnya adalah terletak ditangannya.tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.sekiranya keadilan ini Berjaya ditunaikan,ganjarannya adalah amat besar sekali.namun jika gagal,dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada allah.

Pemuda yang menunujukkan betapa di usia yang muda sebegini muda dapat mengharungi berbagai cabaran dan godaan.oleh itu bagi orang yang Berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada allah.begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usui mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya didalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana diusia seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya,badannya sentiasa sihat,tenaganya kuat,pendengaran dan penglihatan tajam dan sempurna.bahkan di masa muda berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuh.maka beruntunglah pemuda yang Berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat yang cemerlang kepada agama,masyarakat dan negara.

3. Orang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.

Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh allah kerana ia telah menjadi tetamu allah dan megimarahkan masjid ( rumah ) allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebut “ bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi allah s.w.t dan dikategorikan sebagai satu sedekah”.maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjungi untuk beribadah,ganjarannya tentulah lebih besar.

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin diatas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama,adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus kearah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih dan sayang yang dijalinkan sesame manusia mestilah ikhlas kerana allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala,restu dan keberkatan daripada-Nya.

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan seta berkedudukan yang tinggi untuk melakukan zina,lalu dia menjawab (aku takut kepada Allah).

Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya,tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

6. Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.

Orang yang bersedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannay melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

7. Seseorang yang mengingati Allah ditempat yang sunyi lalu mengalirka air matanya.

Orang yang mencintai allah s.w.t dengan hati yang ikhlas semestinya merasa keagungan dan kebesaran allah s.w.t. oleh itu di saat ia bertafakur kepada allah s.w.t akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai persaan cintakan allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan allah s.w.t serta sifat-sifat Nya yang maha agung. Oleh yang demikian hati,fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkar-perkara yang melalaikan.