Monday, July 12, 2010

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :” tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya dihari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : imam (pemimpin) yang adil,pemuda yang sentiasa beribadat kepada allah,lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan seta berkedudukan yang tinggi untuk melakukan zina,lalu dia menjawab,” aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,seseorang yang mengingati Allah ditempat yang sunyi lalu mengalirka air matanya.”

Huraian

1. Pemimpin yang adil.

Pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.nasib rakyatnya adalah terletak ditangannya.tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.sekiranya keadilan ini Berjaya ditunaikan,ganjarannya adalah amat besar sekali.namun jika gagal,dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.

2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada allah.

Pemuda yang menunujukkan betapa di usia yang muda sebegini muda dapat mengharungi berbagai cabaran dan godaan.oleh itu bagi orang yang Berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada allah.begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usui mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya didalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana diusia seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya,badannya sentiasa sihat,tenaganya kuat,pendengaran dan penglihatan tajam dan sempurna.bahkan di masa muda berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuh.maka beruntunglah pemuda yang Berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat yang cemerlang kepada agama,masyarakat dan negara.

3. Orang lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid.

Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh allah kerana ia telah menjadi tetamu allah dan megimarahkan masjid ( rumah ) allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan allah. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebut “ bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi allah s.w.t dan dikategorikan sebagai satu sedekah”.maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjungi untuk beribadah,ganjarannya tentulah lebih besar.

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah dimana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.

Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Hubungan yang terjalin diatas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama,adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus kearah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih dan sayang yang dijalinkan sesame manusia mestilah ikhlas kerana allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala,restu dan keberkatan daripada-Nya.

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan seta berkedudukan yang tinggi untuk melakukan zina,lalu dia menjawab (aku takut kepada Allah).

Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya,tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah Berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.

6. Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.

Orang yang bersedekah secara tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannay melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.

7. Seseorang yang mengingati Allah ditempat yang sunyi lalu mengalirka air matanya.

Orang yang mencintai allah s.w.t dengan hati yang ikhlas semestinya merasa keagungan dan kebesaran allah s.w.t. oleh itu di saat ia bertafakur kepada allah s.w.t akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai persaan cintakan allah s.w.t dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan allah s.w.t serta sifat-sifat Nya yang maha agung. Oleh yang demikian hati,fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkar-perkara yang melalaikan.

No comments: