Sunday, March 28, 2010

FIKIR DAHULU SEBELUM TERKENA

kisah ni btul2 trjadi.....takut seh....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........



p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh.Tongue out

SUBUH..SUBUH..SUBUH..

pagi yang indah manusia pown sedap la tidur ngan nyenyak er....smpai subuh yang diorang xsdar..so pada pagi yang indah nie aq bgn dgn awal er bersama rakan aq yang lain antara nya ialah F A D L I , A K M A L , I D H A M...... so aq pown solat subuh ngn khusyuk n tawaduk....so kita sbg manusia yang berakal dah boleh berfikir bgn la pada waktu pagi yang boleh menyegar kan pemkiran anda....
penantian yang tertunda

kumohon kau mengerti cobalah kau tabahkan hati
mungkin di saat ini cinta kita sedang diuji
tegarkanlah hatimu oleh siksa orang tuamu
kuyakin kita mampu bila kita saling menunggu
saat kita melangkah dandani sayap cinta yang patah
kuyakin engkau setia untuk selama lamanya

kuyakin engkau bidadari dalam tidurku
kuyakin engkau yang pantas aku tunggu
kuyakin engkau hadir dalam mimpi indahku
kau yang terbaik bagiku dan nomor satu

ku kan slalu tetap menunggu walau sebagai simpananmu
ku kan slalu tegar menanti walau engkau takkan kumiliki
ku kan slalu tetap menunggu walau hanya kekasih gelapmu
ku kan slalu tegar menanti hingga saat nafasku terhenti

Friday, March 26, 2010

"Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama"

ini adalah tajuk pidato aq semasa pembentangan dalam kelas bahasa kebangsaan.......

“Ayah….Ayah…. Di mana rumah kita? Ayah…. Ayah…. Di mana jiran kita? Ayah…. Ayah…. Di mana adik-adik saya? Ayah… Ayah… Di mana ayah?” Mungkin, inilah luahan hati seekor anak ular tedung selar yang telah kehilangan habitat akibat pembangunan.

Pembangunan adalah sebahagian daripada perkara yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Atas nama pembangunan, saban waktu kita melihat keadaan semula jadi di muka bumi ini terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit, demi apa? Demi mengejar seribu impian yang terkandung dalam istilah pembangunan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan hakim yang berpaksikan keadilan, semestinya, saudara penjaga masa Yang setia dengan randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam pertemuan. Berdirinya saya di sini, bukanlah untuk membuang masa hadirin, bukan pula membuat tarian salsa dan bukan juga mengalunkan irama pop yeh yeh akan tetapi menyampaikan pidato saya iaitu penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama. Di sini saya akan mengungkap beberapa persoalan yang bersangkutpaut dengan pelestarian alam sekitar tanggung jawab bersama.

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, jika kita lihat tajuk pidato ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'tanggungjawab bersama'. Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama. Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya mencari jalan alternatif dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan bertunjangkan tema penjagaan alam sekitar tanggungjawab bersama.

Sidang pendengar yang penuh santun,
Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan manusia yang tidak mematuhi peraturan atau rang undang-undang mahupun kaedah yang selamat dalam aktiviti kehidupan seharian. Tindakan tersebut itu dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Peraturan soal kebersihan dan menjaga alam sekitar ada dibincangkan dalam kitab-kitab feqah yang menandakan amalan ini penting dalam ajaran islam. Pemimpin tersohor India, Mahatma Gandhi pernah berpesan bahawa dunia hari ini hanya mencukupi untuk orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak dan haloba. Kata-kata yang terlalu besar ertinya ini membuatkan saya cukup terpanggil mengajak saudara dan saudari sama-sama memikirkan alam sekitar kita.


Terdapat segelintir individu bersikap tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang merobek keindahan alam sekitar seperti membuang sampah, sisa toksik dan agen pencemar alam secara tidak mematuhi piawaian yang ditetap pihak kerajaan sekaligus menyebabkan keindahan alam sekitar tercabul. Tindakan buruk itu bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, bahkan satu perbuatan berdosa di sisi agama. Ajaran Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang diketahui mendatangkan kesan buruk, tidak kiralah kecil atau besar sesuatu kesalahan itu. Individu yang tidak bertanggungjawab melakukan sesuatu berdasarkan mana yang lebih mudah dan menguntungkan mereka. Soal keburukan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain atau masyarakat tidak pula dikisahkan. Hal ini umpama jari-jari liar yang rakus menerkam mangsanya. Batu dilontar ke depan, tangan disorok ke belakang. Yang konon-kononnya terlalu sarat, terlalu berat untuk difikirkan bersama. Menyesakkan nafas orang yang melihat. Manusia…oh, manusia….oh, manusia!



Sidang pendengar yang setia,
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Today, para akademik mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji, telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang lalu. Wilayah tanah kering di dunia, yang mewakili 41 peratus permukaan tanah di bumi, telah begitu teruk dimusnahkan, namun, di sini jugalah populasi manusia telah berkembang dengan begitu pesatnya sejak tahun 1990-an. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia, kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk makanan, air bersih, kayu balak serta keperluan yang lain. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang 15 dari 24 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami kerosakan yang serius. Sebuah ekosistem ditakrifkan sebagai sebuah kompleks yang dinamik mengandungi tumbuh-tumbuhan, binatang dan mikroorganisma yang membentuk unit fungsi bersama persekitaran benda bukan hidup yang dapat wujud bersama.

Sememangnya sektor pertanian menjana pendapatan negara dan merupakan sumber pendapatan yang terpenting. Namun begitu, peningkatan nutrien buatan manusia dalam persekitaran telah membawa kepada peningkatan alga. Ini akan mengurangkan oksigen bagi hidupan akuatik dan juga menghasilkan bahan toksik yang membahayakan air untuk diminum. Hal ini disebut eutrofikasi yang disebabkan cahaya matahari tidak dapat menembusi dasar air akibat pengumpulan alga di atas permukaan air. Maka, tumbuhan akuatik tidak dapat menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan oksigen sekaligus menyebabkan hidupan akuatik di ambang kepupusan. Terumbu yang didominasi oleh batu karang kini dengan tiba-tiba berubah kepada dipenuhi alga, yang telah bertambah disebabkan bertambahnya kadar nutrien yang turun dari sumber-sumber dari darat. Banyak terumbu karang di Jamaica kini didominasi oleh alga. Sekali lagi, hidupan akuatik diancam kepupusan akibat kemusnahan habitat.

Sidang saksi yang bermisi,
Sudah banyak kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesbuah negara menangani alam sekitar turut melepasi sempadan negara apabila kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Generasi kini merupakan pencetus generasi akan datang. Lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung (UV) disebabkan pelepasan gas-gas berbahaya secara tidak terkawal. Melepaskan unsur pencemaran sememangnya tidak dapat dielakkan. Aktiviti harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan. Kita makan dan menghasilkan najis, bekas pembalut makanan menjadi sampah, menhidupkan enjin melepaskan asap dan sebagainya.

Namun, apakah tindakan kita? Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan misteri. Kita teruskan dengan komponen ketiga saya iaitu kempen melestari alam sekitar. Sebenarnya, kempen ini bukannya bertujuan menyusahkan, membebankan mahupun melecehkan hadirin sekalian tetapi bertujuan mencari alternatif meminimumkan kesan daripada aktiviti tersebut. Sebenarnya krisis alam sekitar bukannya suatu isu yang boleh dianggap remeh. Di peringkat global, pelbagai perbincangan khusus yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara seluruh dunia. Deklarasi demi deklarasi telah dibuat mengenai tatacara dan usaha mengatasi masalah ini. Memang tidak dinafikan, semua pihak sedar kepentingan menjaga alam sekitar.

Bagaimanapun, perkara yang agak menyedihkan apabila negara maju yang sedia kita tahu yang sebenarnya lebih banyak menyebabkan masalah alam sekitar ini mengambil jalan mudah menunding jari terhadap negara membangun sebagai punca berlakunya masalah alam sekitar. Sebagai contoh, negara Amerika Syarikat merupakan penyebab 20% kesan rumah hijau dunia. Negara maju lebih gemar menyalahkan aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah sebagai punca masalah alam sekitar. Justeru, negara maju cuba menghalang atau memulau hasil kayu seperti perabot yang dihasilkan daripada negara membangun sebagai ugutan berlapik bagi menutup mulut negara membangun. Memang sukar untuk negara membangun menegur dan memperbetulkan sikap buruk negara maju. Maka, langkah yang mampu diambil ialah tindakan yang dilakukan di dalam negara sendiri.

Ramai yang beranggapan bahawa pencemaran secara besar-besaran sahaja boleh mencemarkan alam sekitar. Namun, hakikatnya memang berbeza seperti yang difikirkan. Saya bawakan contoh membuang puntung rokok dan kertas pembalut gula-gula juga perbuatan mencemarkan alam sekitar. Biarpun kecil, tetapi sekiranya jumlahnya berlipat kali ganda tetap mencemarkan alam sekitar. Acapkali kita lihat tempat-tempat seperti perhentian bas, tandas awam dan sebagainya kelihatan agak kotor disebabkan benda-benda kecil ini. Sebenarnya, setiap antara kita mempunyai peranan untuk melestarikan alam sekitar biarpun perkara itu dianggap remeh. Jangan disebabkan benda remeh ini, kelak membawa binasa kepada seluruh komuniti masyarakat.

Hadirin sekalin, sidang penonton penuh santun,

Harus dikejut mana yang lena
Harus ditegur mana yang alpa
Sebelum manusia ditimpa bencana
Sebelum alam mulai bicara

Jika dikaji antara flora dan fauna tidak boleh dipisahkan. Asimilasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dengan lagu, bak aur dengan tebing. Oleh itu, hutan ditebang, hutan dimusnahkan, hutan diterokai untuk pembangunan sudah pastilah haiwan-haiwan akan pupus. Tidak hairanlah hadirin sekalian, jika satu hari, monyet-monyet, harimau-harimau mahupun gajah-gajah ingin berumah bersama kita. Bahkan jangan terkejut sekiranya cucu cicit kita mengatakan beruang panda itu, pokok yg tumbuh melilit di tepi pagar. Seterusnya, ledakan bom jangka ketiga ini umpama ledakan bom jangka pada generasi mendatang.

Oleh itu, hadirin, bukalah mata dan minda sama-sama kita memulakan anjakan paradigma dan menanamkan sikap mencintai alam sekitar. Ingat, alam gemilang, hidup pasti cemerlang. Jadi, anda bayangkan andainya alam boleh berkata-kata mungkin inilah luahan rasa sebatang pokok meranti ataupun rintihan seekor semut api merah. Konklusinya, manusia yang mengancam Manusia sendirilah turut terancam. Persoalannya, untuk mengejar sesuatu kemajuan. Haruskah alam menjadi taruhan? Timbang-timbangkan agar bom jangka ini tidak terus-terusan meledak seperti ledakan tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan dan taufan Katrina dan Wilma di Amerika. Tepuk dada tanyalah minda, tepuk dahi fikirlah sendiri. “Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, Wabillahitaufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Pemidato bestari, mohon permisi


p/s: alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama..tp dimanakah tanggungjawab itu....

so sbg manusia yang berakal fikirkanalh.....apa yang penting !!!!!!!! kerjasama


TANPA MEREKA SIAPALAH KITA


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yangdihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai
RM4.00
2) Tolong jaga adik
RM4.00
3) Tolong buang sampah
RM1.00
4) Tolong kemas bilik
RM2.00
5) Tolong siram bunga
RM3.00
6) Tolong sapu sampah
RM3.00
Jumlah RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan
- PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu
- PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu
- PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu
- PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &keperluanmu
- PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TelahDibayar"padamukasurat yang ditulisnya.
Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who'snext? My Mother!