Friday, March 26, 2010

TANPA MEREKA SIAPALAH KITA


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yangdihulurkan oleh sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai
RM4.00
2) Tolong jaga adik
RM4.00
3) Tolong buang sampah
RM1.00
4) Tolong kemas bilik
RM2.00
5) Tolong siram bunga
RM3.00
6) Tolong sapu sampah
RM3.00
Jumlah RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan
- PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu
- PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu
- PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu
- PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &keperluanmu
- PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu".Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "TelahDibayar"padamukasurat yang ditulisnya.
Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who'snext? My Mother!

No comments: