Thursday, April 28, 2011

Bulan Yang KeEmpat

Bulan apa ya sekarang ??

kalau mengikut masihi ia adalaH APRIL tp kalau bulan islam ia adalah JAMADILAWAL..

Entri kali ini aku nak menceritakan tentang apa yang berlaku di dalam bulan islam yang ke 4 - jamadilawal...

okey

Jamadilawal bermaksud permulaan musim sejuk..Dari segi bahasa bermaksud kering atau beku. Bulan ini dinamakan sedemikian adalah kerana dalam bulan tersebut orang Arab pada zaman dahulunya mengalami kekeringan air atau air menjadi beku. Pada ketika itulah parit, sumur, sungai dan lembah semuanya sudah menjadi kering... okey la cukup la mukaddimah untuk apa itu bulan islam jamadilawal...

kalau saudara semua hendak tahu apa yang berlaku dalam bulan islam Jamadilawal..marilah kita baca kat bawah nie...
+
+
+
+
+
+
+
+

(peperangan)

1. Peperangan "Al-'Ashirah" pada tahun kedua Hijrah, dipimpin oleh Baginda s.a.w. Tidak berlaku apa-apa pertempuran disebabkan perjanjian damai yang dimeterai antara Rasulullah s.a.w. dengan Bani Mudlij dan penyokong mereka Bani Hamzah. Baginda s.a.w. bersama sahabat kembali ke Madinah.

2. Peperangan "Zat Ar-Riqa`" pada tahun kedua Hijrah, diketuai oleh Baginda s.a.w. Ianya di satu kawasan di daerah Najd di kediaman Bani Muharib dan Bani Tha`labah dari kaum Ghatafan. Tiada pertempuran dan peperangan yang berlaku, ianya dinamakan Zat Ar Riqa' (yang mempunyai cebisan kain) kerana para sahabat membalut kaki-kaki mereka dengan cebisan kain kerana kepanasan bumi Najd.

3. Perutusan sekumpulan tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad bin Maslamah ke "Al-Qussah" seramai 10 orang. Ianya bertujuan memerangi Bani Tha`labah, tetapi perutusan tersebut telah diserang hendap oleh seratus orang Badwi dan membunuh kesemua perutusan itu kecuali Muhammad bin Maslamah yang mendapat kecederaan parah sehingga orang-orang Badwi menyangkanya telah mati. Sekumpulan Badwi yang lain telah membawa beliau ke Madinah untuk mendapatkan rawatan di sana.

4. Peperangan Mu'tah pada tahun kelapan Hijrah. Ianya disebabkan oleh pembunuhan yang dilakukan oleh Syarahbil bin `Amr Al-Futhaniy terhadap seorang utusan Rasulullah s.a.w. iaitu Al-Harith bin `Umair Al-Azdiy dari kaum Bani Lahab. Beliau diutus oleh Baginda s.a.w. membawa sepucuk surat kepada Maharaja Rom atau Pembesar Busra tetapi dia telah ditahan dan diikat oleh Syarahbil lalu dibunuhnya. Rasulullah s.a.w. amat murka dengan pembunuhan tersebut kerana mengikut peraturan pada zaman itu seseorang utusan tidak boleh diapa-apakan sehinggalah dia pulang ke tempat asalnya. Baginda s.a.w. menghantar sekumpulan tentera yang dikepalai oleh Zaid bin Harithah dan berpesan "sekiranya Zaid terkorban, dia hendaklah diganti oleh Ja'afar bin Abi Talib, sekiranya dia terkorban juga Abdullah bin Abi Rawahah akan memimpin tentera tadi". Kesemua sahabat tadi syahid di dalam peperangan itu lalu ianya dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid yang telah mengundurkan tentera Islam secara tersusun dan kemas tanpa mengalami apa-apa kehilangan jiwa dan kekalahan.

5. Peperangan Ajnadain pada tahun kelima belas Hijrah. Ianya berlaku di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Amru bin Al-`As, Abu `Ubadah bin Al-Jarrah dan Syarahbil bin Hasanah dengan tentera Rom yang dikepalai oleh Wardan di kawasan Ajnadain di Timur Yerusalem (Al-Quds). Tentera Rom tewas di dalam peperangan itu dan pemimpin mereka Wardan juga mati di situ. Ianya berlaku berhampiran bandar Ramallah dan membuka jalan untuk pembukaan bandar Palestin.

(kematian)

1. Kematian Asma' binti Abi Bakar As-Siddiq yang digelar "Zat An-Nitoqain", salah seorang yang dijanji masuk ke syurga Allah s.w.t. dan merupakan orang perempuan kedua yang memeluk Islam selepas Khadijah binti Khuwailid. Beliau meninggal pada tahun 73 Hijrah semasa berumur seratus tahun. Merupakan ibu kepada Abdullah bin Az-Zubair yang telah dibunuh oleh Al-Hajjaj Ath-Thaqafiy.

2. Kematian Abdullah bin Az-Zubair pada 17 Jamadil Awal tahun ke 73 Hijrah yang merupakan anak kaum Muhajirin yang pertama dilahirkan di Madinah semasa penghijrahan orang Islam Mekah ke Madinah. Bapanya Az-Zubair bin Al-`Awwam sepupu Nabi s.a.w. dan ibunya Asma' binti Abu Bakar As-Siddiq, emak saudaranya `Aishah binti Abu Bakar. Beliau syahid dibunuh oleh Al-Hajjaj bin Yusuf pembesar kerajaan Bani Umaiyah.


Fadhilat :-
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardu mahupun yang sunat di bulan Jamadilawal adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.


Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Diantara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah saw sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.

SUMBER : klik disini

Wednesday, April 27, 2011

Perkara Sebelum Tidur

pesanan nabi sebelum tidur...
Sekadar ingat mengingati....SEBELUM Tidur

tidurlah dalam keadaan beriman..

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir

3. Sebelum para muslim meridloi kamu

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

1. Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' " ( 3 x )

2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad " ( 3 x )

3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
" Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih " ( 3 x )

Dan

4. perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh.
" Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar " (3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, April 22, 2011

Wajah Baru Lagi...

Nampak ke tidak ??
kalo korg perasan la..
blog aq skunk dh berwajah baru...(horeeyy)


taadaa....




Thursday, April 7, 2011

Timbang Berat...


Syukur alhamdulillah...
tidak aku sangka berat aku sudah menurun sebanyak 3 kilogram

dalam masa yang sama

berat blog aku


Apa !!!! sudah menurun dari 180 kepada 95.53...
nampaknya berat blog aku semakin ringan...Bangga la jap....
A.R.A.B aku telah kalahkan kaw hahahahaa.....
berat ringan menjadi permasalahan juga di dalam blogging ini kan...
kalau berat nak buka blog..ha amek kaw 2,3 jam itu pun baru terkedek2...
letih la wei nak tunggu2....
tapi kalau ringan dah seperti superbike..(nampok sgt nipu er)
baru lega sikit nak baca nyer...
jadi ringan-ringankanlah blog anda.hehe..
nak tahu tip-tip meringankan blog
slik klik disini...

Sila Klik berat untuk timbang blog anda....

selamat mencuba....


Monday, April 4, 2011

Marilah BerZikir...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha pengasih

entri kali ingin mengajak para2 blogger yg muslim mengamalkan selalu
jika berlaku sebab musabab dan perkataan apa sepatutnya
diperkatakan
antaranya :

1. Mengucap Bismillah
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

##############################

2. Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

##############################

3. Mengucap Astagfirullah
jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.

##############################

4. Mengucap Insya Allah
jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

##############################

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

##############################

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
jika menghadapi dan menerima musibah.

##############################

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya


tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,
walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Friday, April 1, 2011

MaafKanLah Aku !!!

Kau datang padaku saat ku luka
Luka dengan sejuta kecewa
Yang hempaskan tubuhku remukkan dada
Namum lembut belaimu balutkan luka

Kau kecup bibirku saat ku muak
Muak dengan sesatnya asmara
Yang membuatku muntah lepaskan dendam
Namum hangat bibirmu redakan luka

Maafkanlah aku acuhkan dirimu
waktu petama kali tersenyum padaku
Maafkanlah aku jejali dirimu
Dengan segala kisah sumpah serapahku